suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Menteri ajar cara nak faham isu vaksin dan sekolah

SEMUA pihak diminta memahami tugas dan tanggungjawab Kementerian Kesihatan Malaysia Malaysia (KKM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam isu mewajibkan suntikan vaksin terhadap kanak-kanak.

Menteri Pendikan, Dr Maszlee Malik berkata, beliau berpendapat bahawa suntikan vaksin adalah penting untuk masa depan kanak-kanak khusunya bagi melindungi mereka daripada penyakit.

Bagaimanapun beliau menegaskan agar kanak-kanak tidak seharusnya dihukum dengan menyekat peluang pendidikan hanya kerana mereka tidak divaksinkan.

"Ada ibu bapa yang tidak mahu anaknya divaksin, maka anak-anak itu tidak boleh disalahkan.

"Mereka tidak boleh memilih untuk diri mereka, yang buat pilihan ialah ibu bapa," katanya menerusi rakaman video yang dimuat naik di Facebook.

Kata Maszlee lagi, prisip asas yang perlu difahami ialah setiap kanak-kanak wajar mendapat pendidikan demi masa depan mereka.

"Sekolah tidak boleh menghukum anak-anak di atas pilihan ibu bapa mereka.

"Sekolah tak boleh menutup pintu kepada anak-anak untuk mendapat pendidikan," katanya.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi