suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bagi minum, mandikan anjing... Abang bomba sentuh hati netizen

KEPRIHATINAN sepasukan anggota bomba membantu menyelamatkan lima ekor anak anjing yang terperangkap dalam kebakaran belukar di Padang Serai, Kulim di Kedah mendapat pujian netizen.

Rata-rata melahirkan rasa kagum dengan sifat penyayang yang ditunjukkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi Tech itu.

Menurut komander operasi, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mohamad Yazan Yahaya, anggotanya terdengar bunyi salakan kecil ketika usaha memadam kebakaran di belukar berkeluasan dua hektar itu.

Mereka kemudiannya mencari arah bunyi salakan itu sebelum menemui anjing-anjing tersebut di sebalik lalang.

Salah seekor anak anjing itu melecur di kaki.

Kelima-lima anak anjing berkenaan diberi minuman dan dimandikan sebelum diserahkan kepada seorang peniaga kedai runcit di kawasan berhampiran.

Bomba


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi