Warga emas hina Rasulullah mengaku tidak bersalah - Video | mStar

SEORANG lelaki warga emas, Wai Foo Sing, mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri Baginda, Saidatina Aishah dengan memuat naik karikatur berunsur penghinaan di Facebook.

Wai, 68, dituduh melakukan perbuatan tersebut pada 17 Februari lalu.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Foo Sing didakwa menggunakan laman Facebook “Foo Sing Wai” memuat naik karikatur berunsur penghinaan, di mana tindakan itu berkemungkinan menyebabkan suasana tidak harmoni di antara kumpulan beragama Islam dan bukan Islam di seluruh negara.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Wai didakwa membuat dan memulakan komunikasi jelik dengan niat menyakitkan hati orang lain.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998(Akta 588), yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Nabi Muhammad SAW
Semua
Hiburan
Berita
Variasi