Selera besar tapi bajet 'ciput'? Gerai Gelas Besar sesuai untuk anda - Video | mStar

Selera besar tapi bajet 'ciput'? Gerai Gelas Besar sesuai untuk anda

BAGI penggemar makanan barat, sesetengah daripada kita pasti memikirkan soal harga selain rasa yang menepati selera.

Jika anda tercari-cari hidangan enak dengan harga yang sangat murah, Gerai Gelas Besar adalah jawapannya.

Terletak di Subang Bestari, Shah Alam, Gerai Gelas Besar punya cara tersendiri dalam penyediaan makanan selain terdapat lebih 20 jenis menu makanan barat untuk dipilih.

Nasi goreng chicken chop menjadi antara menu popular mereka.

"Kebanyakkan pelanggan kami adalah pelajar dan mereka sangat menggemari nasi goreng chicken chop dan spaghetti chicken chop.

"Sambutan sangat memberansangkan sehingga ramai yang datang semula selepas cuba kali pertama," kata pengusahanya, Mohd Rosdee Abd Razak, 27, kepada mStar Online.

Beroperasi sejak 2016, Gerai Gelas Besar ini sudah mempunyai dua buah cawangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak makan ikan segar Semporna? Ikan Bakabah tawar menu pelik dari Sabah

ARTIKEL BERKAITAN: Bubur kari Abang Wheelchair 'sempoi' tapi enak

Selain harga yang murah, hidangan bersaiz besar juga menjadi tarikan utama pelanggan.

Manakan tidak, dengan RM5 anda boleh menikmati nasi goreng chicken chop bersama kentang, salad, keropok sayur dan limpahan sos yang cukup menyelerakan!

Oh ya! Kalau nak cuba nasi goreng chicken chop anda dinasihatkan untuk datang lebih awal sebelum kehabisan.

Selain itu gerai ini turut menawarkan set mix grilled iaitu kombinasi ayam, kambing, rib-eye, sosej, bebola daging, kentang goreng, kentang putar, coleslaw dan kacang panggang di dalam satu pinggan.

Lebih menarik, setiap hidangan disediakan secara homemade oleh Rosdee sendiri tanpa menggunakan pes segera. Tentunya rasanya juga lebih enak dan lazat!

"Sejujurnya saya baharu sahaja mengasah bakat memasak kerana sebelum ini saya merupakan pelajar jurusan automotif.

"Bayangkanlah dari pegang spana tiba-tiba kena pegang senduk, memang rasa lain. Alhamdulillah, dalam masa tiga bulan saya belajar daripada rakan yang juga salah seorang pemilik Gelas Besar.

"Saya kini boleh memasak dan tak sangka rezeki saya dalam bidang perniagaan makanan," katanya.

Gerai Gelas Besar , chicken chop
Semua
Hiburan
Berita
Variasi