Macaroni dengan keju melimpah ini mesti dapat penuhi 'craving' anda! - Video | mStar

Macaroni dengan keju melimpah ini mesti dapat penuhi 'craving' anda!

BERCERITA soal pasta, sejenis makanan yang satu ini memang sudah popular dan mungkin juga menjadi kegemaran anda.

Transformasi sajian Itali macaroni and cheese yang disesuaikan dengan citarasa asia dan dijual di gerai tepi jalan di USJ 14 Subang Jaya ini memang lain macam.

Walaupun lokasinya di tepi jalan, namun rasa hidangan di sini sebenarnya setanding dengan yang dijual di restoran besar.

Rata-rata pengunjung setia The Mac's memilih Mac Me Cheese You sebagai hidangan wajib cuba.

"Selalunya pelanggan yang pertama kali cuba mesti akan datang lagi dan beli.

"Paling disukai pelanggan tentunya Make Me Cheese You iaitu satu hidangan yang bikin orang jatuh cinta," kata salah seorang pemilik The Mac's, Wan Muhammad Farhan Wan Mohd Zuki.

Serbuk keju jalapeno yang dibancuh sebati bersama makaroni dan dihidangkan bersama kepingan daging lembu salai, nachos, herba Itali serta keju tortilla yang dibakar sebagai topping menjadikan hidangan ini cukup sempurna.

Meskipun hidangan itu disajikan dalam mangkuk kecil, tetapi ia sangat mengenyangkan! Memang berbaloi!

Menariknya, di sini pelanggan boleh duduk lepak sambil menikmati hidangan panas dari dapur.

Bermula hanya dengan sebuah gerai kecil, The Mac's kini sudah memiliki lima buah cawangan iaitu di Subang Jaya, Shah Alam, Kota Damansara dan Pulau Pinang.

Gerai dibuka setiap hari bermula pukul 5 petang hingga 12.30 tengah malam.

The Mac's , mac n cheese
Semua
Hiburan
Berita
Variasi