suria

“Buat kontroversi? Orang sekarang tak bodoh” - Riz Amin

KONTROVERSI membabitkan golongan selebriti secara tidak langsung membantu menaikkan kerjaya mereka dalam bidang seni.

Pelakon Riz atau Norizam Amin Nordin, 33, mengakui kehidupan tanpa kontroversi walaupun sudah hampir 14 tahun bergelumang dalam dunia seni membuatkan dia masih dilabel sebagai selebriti 'suam-suam kuku'.
Malah, pendirian untuk kurang aktif di media sosial sebelum ini juga menjadikan Riz tidak begitu dikenali ramai.

“Media sosial sangat penting pada zaman sekarang, jadi saya perlu buat sesuatu agar nama saya terus diingati. Namun saya bukan nak buat kontroversi.

“Saya tak pandai nak cipta kontroversi kerana takut nanti orang kata sekadar gimik. Orang zaman sekarang bukanlah bodoh seperti yang kita sangka,” katanya kepada mStar Online.

Bekas peserta Hero Remaja 2003/2004 ditemui pada majlis pelancaran trailer filem Kalla di Wow KL.

Pelakon filem Laga ini bagaimanapun menolak dakwaan karier seninya terganggu kerana lambakan pelakon baharu yang jauh lebih muda dan berbakat.

“Rezeki masing-masing, cuma saya perlu memperbaiki diri sendiri.

“Saya perlu tengok artis-artis baru yang selalu menonjol, mungkin boleh ikut cara mereka, tambah Riz.

Riz Amin juga pernah membintangi beberapa filem antaranya Ophilia, Hantu Kapcai dan Impak Maksima.

riz amin


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi