suria

“Saya layak dapat apa yang sepatutnya” - Syafiq Kyle ulas populariti makin 'melangit'

PELAKON syafiq kyle yang terpalit kontroversi video panas miripnya beberapa bulan lalu mengakui populariti yang dikecapi hari ini adalah berkat daripada usahanya tanpa mengenal erti putus asa.

Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak berkata sedemikian selepas menyedari hubungan dia dan peminat menjadi lebih rapat apabila kerap bermomunikasi dengan mereka di media sosial.

“Perlu ada usaha kita mahu kehadapan dan mahu benda yang baik buat diri sendiri, saya meletakkan uaha dan kerja sebagai nombor satu supaya tidak tertekan.

“Dan bila dapat sesuatu yang diharapkan, ia sesuatu yang saya layak dapat kerana sudah berusaha untuk mengecapinya. Seperti satu ketika dahulu ketika awal pembabitan dalam dunia lakonan, saya tetap meletakkan usaha walaupun tidak dikenali,” katanya kepada mStar Online.

Syafiq Kyle membawakan watak Hakim dalam filem Gol & Gincu Vol. 2

Pelakon drama bersiri Nur ini ditemui ketika majlis sidang media memperkenalkannya sebagai barisan pelakon filem Gol & Gincu Vol. 2 yang bakal ditayangkan 25 Oktober depan.

Dalam perkembangan lain, pelakon yang pernah menjadi bualan hangat dek kerana video lucah yang dikatakan miripnya tersebar pada May lalu baru sahaja selesai menjalani pengambaran telemovie Pengantin Lari Culik Artis gandingan bersama Nabila Razali.

syafiq kyle


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi