suria

Banyak 'job' jadi ukuran mutu lakonan? Aedy Ashraf mengaku belum cukup bagus

PELAKON Aedy Ashraf berkata dia tidak meletakkan sebarang sasaran mengenai jumlah drama atau filem yang ingin dilakonkannya bagi tempoh tertentu.

Sebaliknya jelas Aedy atau Mohammed Addy Ashraf Rosmadi, semuanya bergantung kepada rezeki yang diterimanya.

“Tak boleh pilih berapa filem yang saya ingin lakonkan kerana ia bergantung kepada rezeki.

“Namun jika bakat seseorang pelakon itu diukur berdasarkan bilangan filem atau drama, mungkin saya belum cukup bagus dan belum cukup ilmu," ujarnya kepada mStar Online.


Aedy Ashraf bergandingan dengan Syafiq Kyle dalam Gol & Gincu Vol. 2

Aedy, 25 ditemui ketika majlis sidang media filem Gol & Gincu Vol 2.

Sementara itu pelakon filem Blok 404 ini mengakui terkejut apabila namanya dikatakan mula menjadi perhatian peminat dari negara seberang iaitu Indonesia.

Dia juga tdak menolak untuk berhijrah jika menerika tawaran berlakon di sana.

“Sejujurnya saya baru tahu tentang perkara ini, Alhamdulillah jika menjadi bualan yang bagus.

“Itu sudah dikira pencapaian antarabangsa dan saya amat berhasrat untuk berhijrah jika ada rezeki,” tambah Aedy.

aedy ashraf


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi