suria

Aniq Suhair syukur diberi ketenangan hadap kontroversi, ‘comeback’ lakonan selepas lama berehat

SUDAH melupakan kontroversi membabitkan dirinya pada Oktober 2023, pelakon Aniq Suhair kini hanya mahu memulakan kehidupan baharu dan bakal kembali berlakon dalam masa terdekat. 

Jelas Aniq atau Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh, 25, selama dua tahun mendiamkan diri dalam industri lakonan itu bukanlah disebabkan dakwaan menghamilkan seorang wanita. 

“Tuduhan tersebut tidak mempunyai sebarang kaitan dengan saya berehat dalam industri. Saya berehat hanyalah disebabkan mahu memberikan fokus kepada pelajaran. 

“Dan tidak lama lagi akan habis (belajar), saya akan kembali semula dalam dunia lakonan dalam masa terdekat. Tawaran berlakon juga ada yang saya sudah dapat,” katanya kepada mStar. 

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi