suria

Yassin dijangka pulang sebelum hari raya, Saiful Apek dapat ‘video call’ terkejut tengok makin berisi

SEKIAN lama mengunci mulut, akhirnya pelawak Saiful Apek memberitahu sahabatnya iaitu Yassin bakal pulang ke tanah air sebelum Aidilfitri ini.

Berkongsi perkara itu, Saiful atau mesra panggilan Saiful Apek, 56, berkata dia berani membuat pendedahan tersebut selepas diberikan keizinan daripada pihak keluarga Yassin.

"Saya dimaklumkan oleh pihak keluarganya yang Yassin dalam keadan sihat dan bakal pulang sebelum Aidilfitri ini.

"Kami sahabat ni memang tidak sabar untuk menunggu kepulangan Yassin ini dan akan jadi orang pertama sambut di lapangan terbang nanti.

"Atas keizinan keluarga juga sebab sebelum ini saya dan rakan-rakan lain mendiamkan diri bagi menghormati keputusan keluarga untuk tidak dedahkan," kata Saiful kepada mStar.

Apek memberitahu perkara itu sewaktu majlis berbuka puasa dan sidang media filem 6 Jilake pada Rabu.

Menurutnya,  Yassin  ada menghubunginya sebelum bulan Ramadan menerusi panggilan video (Google Meet) dan terkejut melihat keadaannya sudah berubah yang semakin berisi.

"Mula-mula dapat berita daripada Yassin melalui Voice Note tapi sekarang dia boleh video call saya guna Google Meet dan dapat la tengok daripada saiz S jadi ke saiz M.

"Harap-harap dapat jadi tahfiz la sebab dengarnya sudah khatam Al-Quran," ujarnya.

Dalam pada itu Apek menafikan dakwaan Yassin ditahan di penjara sebaliknya memberitahu pelawak itu kini menjalani rawatan di pusat pemulihan yang dilengkapi pelbagai kemudahan. 

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi