NAMPAK macam mesra di media sosial tapi sebenarnya pelawak Amir Raja Lawak memberitahu dia dan Lando Zawawi tidak pernah bekerjasama dalam mana-mana projek sebelum ini.
Menurut Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 36, pertemuan pertama mereka sekitar tahun 2014 dan kemudian sekadar terjalin menerusi media sosial sehingga kini.
“Saya pernah la jumpa dengan dia sekali waktu tu nak pergi ke Skop Production dan ketika itu kawan saya ajak untuk berjumpa dengan Lando memandangkan dia memang ada shooting.
“Saya jumpa dia pada tahun 2014 dan kemudian tak berjumpa langsung dan tak ada nombor cuma dalam Facebook saja seperti apa yang anda boleh lihat,” kata Amir kepada mStar.
Dalam pada itu, Amir memberitahu dia tidak tergores hati dengan gurauan yang dibuat oleh Lando menerusi media sosial meskipun dilihat seolah-olah mengaibkan dirinya.
“Saya memang okay saja dengan Lando kalau macam gaduh tu tak ada la sampai bertumbuk dan untuk apa saya nak bergaduh dengan dia (Lando),” ujarnya.
TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI