suria

Patutlah jarang kongsi foto anak, Boss Kay dan Tash Yong nak elak penyakit ain

TIDAK pernah berkongsi dan mendedahkan wajah anak sehingga sekarang, pelakon Tash Yong memberitahu dia memilih untuk berjaga-jaga kerana khuatir terkena gangguan penyakit ain.

Berkongsi perkara itu, Tash atau mesra panggilan Ayong berkata dia kini lebih berhati-hati apabila melibatkan hal anak kerana, ada beberapa kejadian lain berlaku sewaktu melahirkan anak pertama hingga meninggalkan kesan buatnya.

“Sebenarnya kami dapat nasihat daripada ibu-bapa untuk tidak mendedahkan sangat anak di media sosial untuk menjaganya dan risau kena gangguan penyakit ‘ain’.

“Selain tu ada beberapa perkara berlaku kepada diri saya sewaktu melahirkan anak dulu, tapi saya tak mahu panjangkan cerita maaf tak boleh nak cerita lanjut sebab pihak sana sudah minta maaf cumanya bukan secara terbuka.

“Saya sudah buat laporan polis dan perkara ini sudah selesai cuma sekarang ini tak semua perkara kita nak kena kongsi atau viral kan walaupun saya masih trauma ni sebenarnya,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi