suria

Didi dedah rahsia Bella Astillah... Nampak kakak lebih bahagia, berselera makan berbanding Ramadan lalu

BERSELERA menikmati hidangan makanan merupakan antara perubahan karakter ditunjukan Bella Astillah sepanjang Ramadan kali ini.

Perkara itu didedahkan oleh adiknya iaitu  Didi atau Dayang Nazilah Awang Astillah, 29, yang turut memaklumkan Bella sangat bersemangat dan bertenaga setiap hari meskipun sibuk dengan urusan kerja.

“Alhamdulillah. Ramadan tahun ini Bella sangat berbeza. Sekarang ini Bella sudah ada selera makan, dia makan banyak semasa berbuka. 

“Walaupun dia sedang sibuk, tetapi tetap sentiasa bersemangat dan bertenaga. Semasa mendaki gunung dan pergi ke laut pun, dia sangat lain. Sangat gembira dan bertenaga,” katanya kepada mStar ketika ditemui di butik Primavalet, Bangi. 

Dalam masa sama, Didi juga memaklumkan bahawa setiap dialog mahupun reaksi yang Bella dan Ali Parlimen Muar Syed Saddiq tunjukkan ketika sesi penggambaran baju raya jenama Primavalet itu bukanlah mengikut skrip. 

“Sebenarnya apa yang anda semua lihat, itu bukanlah ‘marketing’ sangat. Video yang dirakam itu semua adalah tanpa skrip. Itu yang buatkan mereka nampak lebih natural,” ujarnya. 

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi