suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Puteri Sarah enggan campur urusan peribadi, gembira tengok Bella Astillah semakin ceria

KEAKRABAN pelakon dan penyanyi Bella Astillah dengan Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq bukan lagi rahsia malah ramai merasakan mereka berdua pasangan secocok.

Enggan mencampuri urusan peribadi rakan baiknya, pelakon Puteri Sarah, 40, bagaimanapun gembira melihat Bella semakin positif dan ceria dengan kehidupannya.

Malah Sarah sentiasa mendoakan agar Bella dipertemukan dengan seorang lelaki yang mampu menggembirakannya dan anak-anak.

"Saya nampak Bella semakin bahagia dan positif dalam kehidupannya.

"Hendak sibuk bertanya (tentang Syed Saddiq) itu memang tidak sebab saya bukan jenis bertanya perkara peribadi tetapi kita doakan sahaja buat mereka... Kalau ada jodoh itu, insya-Allah adalah.

"Saya nampak Syed Saddiq banyak beri pengaruh baik dan nilai positif dalam hidup Bella," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi