suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Boleh buka aib pasangan tapi bukan kepada umum... PU Amin tegur trend sembang aksi ranjang di media sosial

PENCETUS Ummah (PU) Amin menasihatkan orang ramai menjauhi trend membuka aib pasangan berkaitan soal hubungan kelamin di media sosial.

Amin atau Mohammad Amirul Amin Maula Lokman Hakim, 32, berkata, perbuatan itu adalah haram dan hukumnya berdosa di dalam Islam selain ia tidak membawa sebarang penyelesian.

"Jika masalah berkaitan kelamin ini diceritakan dalam bentuk nak dapatkan simpati atau apa-apa tindakan ia tak akan bawa apa-apa penyelesaian.

"Ya memang boleh untuk menceritakan aib dan keburukan pasangan tapi bukan kepada umum tapi kepada pihak ada kredibiliti seperti hakim, peguam syarie yang dapat menyelesaikan masalah.

"Jadi asasnya kalau menceritakan aib itu adalah haram dan berdosa... Apa pun jalannya kita kena ingat, niat tidak menghalalkan cara," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi