suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zarina Zainuddin bahagia hidup bermadu, nasihat netizen usah campuri urusan Abang Tesla… “Orang Malaysia susah terima poligami”

KETIKA isu kahwin dua membabitkan personaliti media sosial Abang Tesla hangat diperkatakan di media sosial, pelakon Zarina Zainuddin tampil menasihati netizen supaya berhenti daripada membuat sebarang spekulasi mengenai rumah tangga lelaki itu.

Mengulas mengenai perkara itu, Zarina atau nama sebenarnya Nur Zarina Zainuddin, 53, turut memberikan pandangan peribadinya berhubung isu poligami yang sering dipandang serong oleh sesetengah pihak.

Menurut Zarina, poligami itu tidak salah, namun suami itu haruslah sentiasa bersikap terhadap isteri-isterinya.

“Saya lihat orang komen macam-macam mengenai Abang Tesla tu tapi itu adalah hak dia untuk berkahwin dua dan kedua-dua isteri reda, jadi orang luar tak perlu masuk campur.

“Yang lain boleh berikan macam-macam pandangan tapi yang lalui kehidupan itu adalah mereka cuma mungkin ada sedikit kesilapannya apabila jadikan sebagai content untuk tularkan perkara itu.

“Sebaik-baiknya hal mengenai rumah tangga jaga elok-elok... simpan rahsia serta tak perlu cerita pada umum, orang Malaysia ni macam susah nak terima poligami ini malah mereka anggap buruk, jahat atau zalim.

“Tapi kepada mereka yang mengalaminya macam saya tak ada masalah pun,” kata Zarina kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi