suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Syukur! Dalam diam rupanya isteri Azmi Saat sedang hamil 7 bulan, dedah perangai pelik suka tidur atas lantai

PENYANYI Azmi Saat berkongsi berita gembira isterinya iaitu Nazirah Muhammad kini sedang hamil tujuh bulan.

Bersyukur atas kurnian rezeki itu, Azmi, 36, berkata dia tidak sabar menantikan kelahiran cahaya matanya itu yang dijangka pada November depan.

“Ni eksklusif, saya dan isteri Alhamdulillah dah dapat rezeki anak yang kedua selepas pemergian anak pertama Khairul Afnan.

“Dua tahun menanti sekarang dalam proses... insyaAllah bulan November anak kami akan lahir,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Azmi sempat berkongsi perangai pelik isteri yang suka tidur di atas lantai sepanjang tempoh kehamilan ini.

“Kalau tidur dia tak boleh tidur atas tilam, kalau tak lena, isteri akan turun daripada katil dan tidur di lantai.

“Saya rasa pelik sampai saya nak pergi tandas tertendang dia sebab tak perasan dia tengah tidur atas lantai, kasihan isteri saya,” ujarnya.

Untuk rekod anak pertama Azmi dan isteri iaitu Afnan meninggal dunia pada 30 September 2021.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi