Tuah Adzmi bercinta sorok-sorok dengan gadis Singapura? - “Tak boleh... sempadan tak buka!”

BARU saja meraikan ulang tahun kelahiran ke-22, penyanyi Tuah Adzmi begitu teruja apabila lagu baharunya berjudul Kecewa mendapat tontonan satu juta di YouTube.

Ujar Tuah atau nama sebenar Arumi Nafis Mohd Adzmi, walaupun kariernya terjejas sebab pandemik Covid-19, dia menghabiskan masa di rumah dengan mencipta lagu dan menulis lirik.

“Sehari sebelum birthday dapat satu juta tontonan, saya bersyukur Alhamdulillah... terima kasih kepada yang menonton.

“Sekarang ini, saya banyak habiskan masa di rumah dengan buat lagu dan akan datang akan ada lagu untuk artis BBNU, ” ujarnya kepada mStar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Tuah Adzmi, Sensasi, Cinta Artis,
Semua
Hiburan
Berita
Variasi