Reedzwann cuba nasib jadi penyanyi - “Dulu belajar kejuruteraan, sekarang jadi tukang masak! Terpesong jauh bukan?”

PENYANYI baharu Reedzwann mengakui perjalanan kerjayanya beralih arah apabila dia kini bergelar tukang masak biarpun mempunyai sijil Kolej Vokasional (KV) dalam bidang kejuruteraan awam.

Reedzwan atau nama sebenarnya Muhammad Khairol Ridhuan Khairol Husni, 19, meluahkan rasa bangga apabila kini bergelar chef di sebuah restoran terkenal di Cameron Highland dan dalam pada masa yang sama mencuba nasib sebagai penyanyi.

“Sebenarnya saya baru sahaja belajar memasak tahun lalu apabila menghadiri satu kursus kulinari, sedangkan saya mempunyai sijil dalam bidang kejuruteraan awam dari Kolej Vokasional.

“Jauh terpesong kan? Tapi apakan daya saya memang minat memasak sejak sekian lama, bukan setakat makanan barat malah kini saya mahir memasak hampir kesemua jenis makanan, kata Reedzwann kepada mStar.

reedzwann
Semua
Hiburan
Berita
Variasi