Atikah Suhaime terkilan tak jadi kahwin dengan Awi Rafael, "Tapi tak serik nak bercinta lagi" - Video | mStar

Atikah Suhaime terkilan tak jadi kahwin dengan Awi Rafael, "Tapi tak serik nak bercinta lagi"

PELAKON Atikah Suhaime berkata dia tidak pernah serik untuk kembali menjalinkan hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki selepas kontroversi perpisahan mengejutkan dengan bekas tunang, penyanyi Awi Rafael.

Selain itu Atikah, 28, juga berkata pintu hatinya tidak pernah tertutup untuk mencari teman hidup.

“Langsung tidak timbul rasa serik untuk bercinta biarpun saya diuji dengan kegagalan kisah cinta bersama bekas tunang sebelum ini. Bagi saya cuma tiada jodoh antara kami untuk mendirikan rumah tangga.

“Mana tahu sesiapa sahaja bakal menjadi jodoh saya selepas ini, tambahan lagi pintu hati saya pun tidak pernah tertutup untuk kembali bercinta,” kata Atikah kepada mStar.

atikah suhaime
Semua
Hiburan
Berita
Variasi