"Saya tak pernah give up" - Wani Kayrie tak merungut penat belajar, menyanyi - Video | mStar

"Saya tak pernah give up" - Wani Kayrie tak merungut penat belajar, menyanyi

PERTAMA kali menyambut Ramadan sebagai seorang pelajar universiti benar-benar menguji kemampuan penyanyi Wani Kayrie.

Lebih-lebih lagi apabila dia juga terpaksa membahagikan masa untuk memenuhi undangan menghadairi pelbagai majlis hiburan atas urusan kerja.

Wani, 19, bagaimanapun bersyukur kerana masih boleh menyusun jadual sebaik mungkin tanpa menjejaskan tumpuannya dalam pelajaran.

“Menyanyi dan belajar di bulan Ramadan memang agak mencabar kerana saya terpaksa menghadiri kelas selama lebih lapan jam setiap hari, awal pagi sudah masuk kelas dan pulang pula lewat petang hinggakan terpaksa berbuka seorang diri dalam kereta.

“Namun saya tidak pernah rasa putus asa kerana saya lakukan kerana minat. Saya sukakan kehidupan sibuk apabila dapat peluang belajar sesuatu yang baharu setiap hari,” kata Wani kepada mStar.

wani kayrie
Semua
Hiburan
Berita
Variasi