Hael singkap perjalanan kerjayanya sepanjang 12 tahun - Video | mStar

Hael singkap perjalanan kerjayanya sepanjang 12 tahun

PENYANYI Hael Husiani tidak pernah menyangka penglibatannya dalam industri musik tempatan sudah mencapai tahun ke 12.

Menyingkap kerjaya nyanyiannya, Hael, 32 berkata, dia menyertai pelbagai program realiti nyanyian demi mengejar impiannya sebelum berada di tempat sekarang.

“12 tahun lalu, rutin harian saya selepas bangun tidur ialah menyanyi dan berfikir apa yang saya mahukan dalam kehidupan. Sehinggalah saya mula menyertai pelbagai program realiti nyanyian antaranya Mentor, One In A Million dan juga Akademi Fantasia.

“Namun semuanya seakan gelita seketika apabila duo Azhael dibubarkan, saya hilang arah memikirkan apa yang akan terjadi kepada karier nyanyian selepas perpisahan kami,” kata Hael kepada mStar.

Penyanyi yang sedang giat mempromosikan single terbaharunya berjudul Hari Ini ini bagaimanapun menjelaskan dia mula mendapat rentak apabila diberi peluang oleh komposer Ezra Kong untuk mula menulis lagunya sendiri.

Dalam pada itu, Hael Turut mendedahkan single solo pertama nyanyiannya iaitu Jampi pada awalnya tidak diterima baik oleh rakan-rakan disebalik tabir namun dia nekad untuk membawanya ke satu peringkat yang luar biasa.

“Saya bertuah kerana dapat mengenali Ezra Kong kerana dia banyak memberi peluang untuk saya mencungkil bakat penulisan lagu yang saya sendiri tidak sedari sebelum ini.

“Malah saya menjadi lebih yakin apabila mempertahankan keputusan untuk melancarkan lagu Jampi satu ketika dahulu biarpun ia mendapat tentangan ramai,” tambah Hael.

hael husaini
Semua
Hiburan
Berita
Variasi