“Aliff Aziz, insaflah jangan sampai orang azan kat telinga” - Janda mengaku pernah tanggung Aliff Aziz - Video | mStar

“Aliff Aziz, insaflah jangan sampai orang azan kat telinga” - Janda mengaku pernah tanggung Aliff Aziz

FOTO bercium penyanyi Aliff Aziz dengan seorang wanita bergelar janda anak satu menjadi topik hangat dalam kalangan netizen pada Khamis.

Wanita yang dikenali sebagai Meri Meifina yang ditemui mStar mengakui mengenali Aliff Aziz di sebuah kelab malam kira-kira setahun yang lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Foto Aliff Aziz cium janda pula tersebar, katanya telefon bimbit hilang sebelum Ramadan

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff sering curang... Bella Astillah akhirnya diceraikan talak satu


Antara foto mesra Mei dan Aliff yang tersebar luas sejak pagi Khamis.

Menurutnya, penyanyi kelahiran Singapura itu pernah meminta bantuan membeli tiket penerbangan selain pernah tinggal sebumbung selama seminggu.

"Hubungan saya dan Aliff boleh dikatakan skandal dan dia tinggal dengan saya dan abang-abang angkat selama seminggu.

"Ketika itu dia meluahkan mempunyai masalah rumah tangga dengan Bella. Tetapi saya ada menasihatinya untuk pulang kepada keluarga," katanya.

Mengulas mengenai isu bercumbu di sebuah kelab malam, Meri menganggap ia perkara biasa ketika berada di pusat hiburan seperti itu. Ia juga dilakukan secara suka sama suka.

"Itu suka sama suka. Normallah orang dalam kelab... mereka bercium.

"Bukannya kami lakukan lebih daripada itu.

"Lagipun ramai saksi ketika itu," katanya.

aliff aziz , mei fina
Semua
Hiburan
Berita
Variasi