Haqiem sedar tidak mahir bahasa Inggeris, belajar daripada rakan artis - Video | mStar

Haqiem sedar tidak mahir bahasa Inggeris, belajar daripada rakan artis

PENYANYI Haqiem Rusli menjelaskan dia tidak mengambil sebarang kelas bahasa Ingggeris bagi memperbaiki sebutannya dalam bahasa tersebut dalam pembikinan lagu Inggeris pertamanya berjudul What Can I Do For You? yang dilancarkan baru-baru ini.

Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli bagaimanpun berkata dia belajar bahasa itu daripada rakan artis yang lebih mahir bebahasa Inggeris.

ARTIKEL BERKAITAN: “Apa benda adik sebut tu?” - Adibah Noor tegur Haqiem Rusli


Sebutan Haqiem dalam bahasa Inggeris pernah mendapat kritikan sebelum ini.

“Saya akui menyanyikan lagu berbahasa Inggeris sememangnya menjadi antara cabaran terbesar yang saya pernah lalui dalam industri nyanyian tambahan lagi jika dinyanyikan dalam persembahan 'live'.

“Sejujurnya saya tidak memasuki sebarang kelas bahasa Inggeris untuk menjayakan single What can I Do Fo You?, saya sekadar meminta bantuan beberapa rakan artis yang mahir berbahasa Inggeris dan antaranya ialah Ariff Bahran," kata Haqiem kepada mStar.

Sebelum ini, penyanyi yang terkenal dengan lagu Selamat Tinggal Sayang ini pernah ditegur oleh selebriti Adibah Nor kerana sebutan Inggerisnya dalam lagu Jatuh Bangun diktakan kurang jelas.

Haqiem, 21, bagaimanapun menerima teguran tersebut dengan hati terbuka.

Haqiem dedah dapat bantuan Ariff Bahran.

“Kita kena terima apa sahaja komen yang dilemparkan samaada ia negatif atau positif, janji jangan pernah takut lakukan perkara yang pernah dikecam netizen sebelum ini.

“Memang saya pernah dikritik apabila cara sebutan bahasa Inggeris dalam lagu Jatuh Bangun, dikatakan kurang jelas, namun saya jadikan ia satu cabaran untuk membuktikan mampu buat yang lebih baik,” tambah Haqiem.

haqiem rusli
Semua
Hiburan
Berita
Variasi