Abam Bocey berniaga di bazar Ramadan, 'mi kejung' laku keras - Video | mStar

Abam Bocey berniaga di bazar Ramadan, 'mi kejung' laku keras

PELAWAK terkenal Abam Bocey mengambil kesempatan masa lapang di bulan Ramadan untuk membantu keluarga menjalankan perniagaan makanan di bazar Ramadan.

Menurut Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 31, perniagaan mi, bihun dan kuey teow 'kejung' yang diusahakannya bersama keluarga menerima sambutan yang baik daripada penduduk di sekitar Gombak.

"Sebenarnya ini perniagaan keluarga, saya sekadar membantu mereka mencari rezeki lebih menjelang hari raya nanti.

"Nama mi kejung ini muncul kerana cara memasaknya. Api memasak akan dipadamkan serta-merta dan dibiarkan sebelum dibungkus mengikut permintaan pelanggan. Ahamdulillah setakat ini juadah hasil air tangan saya ini habis setiap hari," kata Abam kepada mStar.

Abam Bocey
Semua
Hiburan
Berita
Variasi