suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Bangun pagi terus menangis" - Naim Daniel takut 'Sumpah' tak menjadi

PENYANYI Naim Daniel berkata dia tidak menjangka single terbarunya berjudul Sumpah berjaya merampas kedudukan trending nombor satu di YouTube yang sebelum itu didominasi tiga kumpulan K-Pop terkenal.

Naim, 22, pada mulanya merasakan single ciptaannya hasil kolaborasi bersama komposer Omar K itu gagal menandingi nama besar K-Ppop antaranya BTS dan Blackpink yang turut melancarkan lagu terbaharu mereka.

“Lagu sumpah berjaya menjadi trending di kedudukan pertama YouTube Malaysia hanya selepas 48 jam dilancarkan, memang tak sangka kerana saya merasakan seperti ada satu pertarungan besar antara lagu ini dengan lagu-lagu kumpulan antarabangsa yang lain.

“Lebih mengagumkan, Sumpah sebenarnya mampu menandingi kehebatan beberapa kumpulan K-Pop terkenal antaranya BTS, Twice dan Blackpink.

"Ini membuktikan pendengar Malaysia cukup memberi sokongan kepada karya anak tempatan,” kata Naim kepada mStar.

naim daniel


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi