"Kali ini saya lebih 'privasi', belajar daripada kesilapan lalu" – Bella Dally - Video | mStar

"Kali ini saya lebih 'privasi', belajar daripada kesilapan lalu" – Bella Dally

PELAKON Bella Dally mengaku semakin bahagia selepas mendirikan rumahtangga bersama ahli perniagaan Arif Izuddin. Apatah lagi, Arif tidak pernah menyekat karier Bella sejak mereka berkahwin pada 31 Mac lalu.

Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally, menganggap rumahtangganya kali ini benar-benar bahagia kerana dia sekarang rajin ke dapur untuk menyiapkan masakan untuk suami.

"Saya mengaku yang saya masih lagi belajar tentang ilmu rumahtangga seperti memasak dan saya juga sedang membiasakan diri kembali dengan status saya sekarang ( isteri ). Namun, saya bersyukur kerana saya mendapat sokongan yang penuh daripada suami.

"Tapi, saya tidak mahu terlalu berkongsi perihal rumahtangga di sosial media. Saya inginkan 'privacy' kerana pengalaman lama membuatkan saya memilih cara ini walaupun suami tidak pernah menghalang untuk lakukan apa yang saya suka. Apa yang penting, saya kena tahu had dan menghormati suami saya', katanya kepada Mstar.

Bella Dally
Semua
Hiburan
Berita
Variasi