'Pak Guard' diterajang Lan Pet Pet masih sakit pinggang, makan ubat tahan sakit - Video | mStar

'Pak Guard' diterajang Lan Pet Pet masih sakit pinggang, makan ubat tahan sakit

PENGAWAL keselamatan yang menjadi mangsa pelawak Lan Pet Pet 6 April lalu menjelaskan tabung kutipan derma yang dijalankan Persatuan Penduduk Acacia Park Desa Jati di Nilai, Negeri Sembilan adalah atas permintaannya sendiri.

Yahya Manap, 70, atau dikenali sebagai Pak Ya juga berkata, dia tidak berkemampuan untuk menanggung kos guaman yang dikatakan bakal menelan kos sebanyak RM 5,000.

“Pak cik mohon dana ini daripada penduduk untuk menggunakannya bagi menampung kos guaman, inilah ikhtiar terakhir saya.

“Namun apabila kes mahkamah selesai, dana ini akan dipulangkan semula dan akan dimasukkan ke tabung wakaf surau taman ini,” kata Yahya kepada mStar.

Dalam pada itu, Yahya berkata, dia masih menanggung kesakitan pada pinggang akibat kecederaan yang dialami dalam kejadian itu dan kini bergantung kepada ubat tahan sakit.

Terdahulu, pengawal keselamatan yang menjadi mangsa belasahan pelawak terkenal itu dikritik hebat netizen setelah dia dikatakan seolah-olah cuba meraih simpati masyarakat bagi meneruskan kes saman malu terhadap Lan Pet Pet

lan pet pet , pak ya
Semua
Hiburan
Berita
Variasi