suria

Kes PU Abu bukti golongan agama pun diuji – 'Ustaz Hamadi'

PELAKON Azhan Rani menepis dakwaan netizen yang menyamakan watak Ustaz Syed Hamadi yag dibawakannya dalam drama Nur 2 mempunyai persamaan dengan kisah tular penceraian seorang pendakwah bebas terkenal.

Azhan, 43, bagaimanapun mengakui kebencian terhadap watak antagonis lakonannya dalam drama tersebut semakin menjadi-jadi selepas kisah penceraian Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan dengan bekas isterinya yang kini sarat mengandung tersebar luas.

“Ia satu berita yang amat menyedihkan, namun sebagai pelakon prfesional saya enggan mengulas lebih lanjut kerana kita masih belum mengetahui cerita sebenar daripada mulut pihak lelaki apatah lagi saya sendiri masih belum lagi berumah tangga.

“Namun saya sejujurnya rungsing mengapa ramai pihak diluar sana menyamakan isu tersebut dengan watak Ustaz Hamadi sedangkan ia tidak mempunyai banyak bersamaan dengan PU Abu, mungkin keterujaan mereka dengan drama Nur 2 itu sendiri membuatkan mereka membuat andaian sebegitu.

azhan rani, pu abu


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi