suria

Penyokong Manchester United nak sokong Arsenal sebab Zizi Kirana

GENAP setahun mencari calon suami dengan 14 kriteria tertentu, penyanyi Zizi Kirana memberitahu masih belum menemui lelaki yang benar-benar memenuhi syarat-syarat tersebut.

Zizi berkata, lelaki yang lancar membaca Al-Quran dan dalam masa sama penyokong bola sepak Arsenal merupakan antara dua kriteria paling sukar ditemui.

"Dalam hidup saya paling susah nak cari lelaki pandai mengaji dan dalam masa sama seorang peminat Arsenal.

ARTIKEL BERKAITAN: Lancar Baca Al-Quran, Penyokong Arsenal Antara 14 Syarat Bakal Suami Zizi Kirana

ARTIKEL BERKAITAN: “Tinggi betul imaginasi mereka!” – Zizi Kirana disamakan bintang porno

"Ramai yang hantar resume nak kenal dan beritahu mereka memenuhi 14 kriteria tersebut. Lebih lucu, ada penyokong Manchester United (MU) nak pindah pergi Arsenal kerana saya.

"Saya tengok juga, lelaki itu macam mana, bukan terus pilih sebab susah tau nak jaga Zizi Kirana ni... ada ting tong sikit," katanya kepada mStar Online.

Zizi pernah menyenaraikan 14 syarat untuk bakal suami.

Penyanyi lagu Siapa Yang Bap Bap ini ditemui pada sidang media pengumuman senarai Top 5 Anugerah Meletop Era 2019 (AME2019) yang diadakan pada Selasa lalu.

Zizi dan Hael Husaini menyanyikan lagu tema AME2019 berjudul Yang Legit Yang Legend.

Dalam pada itu, Zizi turut meluahkan rasa syukur kerana bakatnya semakin mendapat tempat di hati peminat muzik tanah air.

TONTON VIDEO PENUH YANG DISEDIAKAN MSTAR ONLINE.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi