Lancar Baca Al-Quran, Penyokong Arsenal Antara 14 Syarat Bakal Suami Zizi Kirana - Hiburan | mStar

Lancar Baca Al-Quran, Penyokong Arsenal Antara 14 Syarat Bakal Suami Zizi Kirana

Penyanyi Zizi Kirana menyenaraikan 14 kriteria kepada bakal suaminya. Foto Instagram @zizi_kirana

BUKAN mudah rupa-rupanya hendak menawan hati Zizi Kirana kerana bekas vokalis kumpulan The Fabulous Cat itu menyenaraikan 14 kriteria perlu dipenuhi oleh mana-mana lelaki yang berhajat memikatnya.

Zizi atau Nur Fazelah @ Zizi Mohd. Tahil, 32, menerusi InstaStory memuat naik senarai tersebut antaranya bakal suami mestilah mempunyai pendapatan minimum RM5,000 selain bebas daripada bebanan hutang.

Dalam senarai sama, Zizi juga mencari calon yang lancar membaca Al-Quran selain bukan kaki mabuk dan sosial serta tidak mengamalkan pergaulan bebas.

14 Kriteria Zizi dalam mencari calon suami.

Dari segi rupa paras pula, Zizi tidak meletakkan syarat seorang lelaki itu perlu berwajah kacak namun baginya cukup sekadar sedap mata memandang dan sanggup berbuat apa sahaja deminya dan keluarga.

Malah dia berharap dipertemukan dengan seorang lelaki yang beradab dan bukannya biadap, tidak mudah mengungkit selain tidak bersikap kedekut.

Antara kriteria lain yang ditetapkan oleh Zizi, dia mencari bakal suami yang pandai mengambil gambar agar mudah menangkap fotonya nanti.

Antara mesej peribadi yang diterima Zizi.

Sementara itu, kriteria terakhir Zizi menjadi perhatian pengikutnya apabila dia mewajibkan calon suaminya itu mestilah penyokong kelab bola sepak Arsenal.

Zizi turut berkongsi mesej peribadi yang dihantar oleh beberapa lelaki yang ada di antara mereka membatalkan hasrat untuk mencuba nasib kerana tidak sanggup memenuhi syarat terakhir itu.

Namun masih ada yang sanggup berpaling tadah demi Zizi namun penyanyi itu menolak kerana ia menunjukkan sikap tidak setia.

Zizi membalas mesej peribadi yang dihantar kepadanya.

Ada juga pengikut yang menghantar mesej memberitahu dia adalah calon layak memenuhi semua kriteria disenaraikan Zizi namun sudah pun berkahwin.

"Alhamdulillah, jagalah sebaik-baiknya keluarga mu," balas Zizi.

Zizi Kirana

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain