Fara Asyikin Kekok 6 Tahun Tak Sertai Persembahan Besar - Hiburan | mStar

Fara Asyikin Kekok 6 Tahun Tak Sertai Persembahan Besar

Farah kekok membuat persembahan di pentas yang besar selepas kali terakhir dilakukannya pada 2012. Foto: SYAZANA ABD SHUKUR.

PENYANYI Farah Asyikin akui berasa kekok selepas hampir enam tahun tidak membuat persembahan di sebuah pentas yang besar.

Farah, 39, berkata dia mendapat dorongan dan sokongan untuk kembali semula ke dalam industri seni daripada suaminya dan keluarga.

"Memang saya akui agak kekok selepas kali terakhir saya membuat persembahan di atas pentas yang besar pada tahun 2012.

"Selepas saya berhijrah dan bertudung, saya memang tidak lagi aktif dalam bidang nyanyian.

"Bagaimanapun, saya kembali semula dalam industri seni ini atas dorongan daripada suami dan keluarga," kata Farah kepada mStar Online.


Barisan artis yang akan berentap di pentas GGV musim kedua.

Farah ditemui ketika sidang media Gema Gegar Vaganza (GGV) musim kedua di Hotel Istana, Kuala Lumpur pada Rabu.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Kembali Lagi Di Sisimu ini membuat kemunculan semula selepas enam tahun dengan menyertai program GGV musim kedua.

Dalam pada itu, suami kepada Farah, Raja Iskandar Raja Muktharuddin, 52, berpesan supaya dia menjaga penampilan setelah kembali aktif dalam bidang nyanyian.

Suami Farah berpesan agar dia kekalkan penampilan seperti sekarang.

"Suami antara yang memberi sokongan untuk saya menyertai program itu dan kembali aktif dalam bidang nyanyian.

"Namun, dia ada berpesan agar saya sentiasa menjaga dan mengekalkan penampilan seperti sekarang.

"Baju tak boleh ketat dan tudung kena labuh. Jangan tudung itu makin lama makin singkat," ujarnya.

Farah berkahwin dengan pengurus di sebuah syarikat minyak dan gas itu pada Januari 2017.

Ia adalah perkahwinan ketiganya, manakala yang kedua buat suaminya.

Farah sebelum ini dikurniakan seorang cahaya mata menerusi perkahwinan keduanya dan Raja Iskandar mempunyai tiga anak hasil perkahwinan terdahulu.

Gema Gegar Vaganza akan mula bersiaran secara langsung selama tujuh minggu di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil bermula 31 Mac ini.

Ia juga akan disiarkan menerusi saluran Astro Oasis (106) dan Maya HD (135) pada setiap hari Sabtu, 9 malam.

Artikel Berikut

Suria Bawa Artis Jelajah Seremban Esok

Artikel Berkaitan

Hijrah Awi Rafael Pada 2018

Lebih Artikel

"Mereka tidak layak cakap pasal hoki"

Marcelo akui Real Madrid rindu Ronaldo