suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Alif Hadi bina nama tanpa kontroversi

PELAKON Alif Hadi tidak menyesal terjun ke dunia hiburan yang menjadi sumber pendapatannya sejak lima tahun lalu.

Bagaimanapun menurut Alif atau Muhammad Alif Abd Hadi, dia pada mulanya tidak menyangka akan membina kerjaya sebagai pelakon dan pengacara walaupun mempunyai ijazah dalam jurusan undang-undang.

Alif Hadi akui tidak menyesal tinggalkan dunia guaman

"Saya bercadang untuk teruskan pengajian di peringkat sarjana, namun dalam masa sama saya cuba hadiri sesi uji bakat.

"Tak sangka pula laluan saya dalam industri ini baik, jadi saya ambil keputusan untuk lupakan bidang undang-undang," katanya kepada mStar Online.

Tambah Alif, 30, dia juga gembira apabila mampu membina nama tanpa bersandarkan kontroversi dan kisah peribadi.

"Dalam masa lima tahun Alhamdulillah saya masih boleh bertahan tanpa sebarang kontroversi," katanya.

Aliff punya minat mendalam dalam sukan ekstrem

Pelakon drama Red Velvet mula dikenali selepas menyertai program realiti Fear Factor Selebriti Malaysia.

Dia juga aktif dalam sukan papan selaju atau skateboard serta mendapat tajaan daripada jenama antarabangsa untuk sukan ekstrem tersebut.

alif hadi


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi