suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ezra Kairo tak fikir kahwin muda, mahu kukuhkan kewangan sebelum ada isteri dan anak

PERNAH terpalit gosip cinta dengan influencer sebelum ini, penyanyi Ezra Kairo memberitahu perkara itu tidak memberikan kesan buat dirinya mahupun karier nyanyian.

Ezra atau Daniel Ezra Muhammad Shafiq Nichleson Abdullah, 23, berkata meskipun dikecam hebat netizen di media sosial namun dia memandang daripada sudut positif malah tidak berkecil hati dengan kata-kata netizen itu.

“Masa saya buat live dengan Tasya dulu memang tular macam tak sangka tapi saya pernah cakap jodoh maut semua di tangan tuhan kan, sekarang ni memang tak fikir lagi dia (Natasya) ada kehidupan dia dan saya ada kehidupan sendiri.

“Saya memang layan kontroversi tu tapi pandang daripada sudut positif, sebab ramai yang komen dalam ‘live’ tu kebanyakkannya pernah disakiti,” kata Ezra kepada mStar.

Dalam pada itu, Ezra mendedahkan dia belum bersedia untuk mencari pasangan hidup dan fokusnya kini hanya tertumpu kepada kerjaya nyanyian terlebih dahulu.

“Sekarang ni saya nak fokus kepada kerjaya dulu sebab saya belum mampu nak sara orang lain sedangkan diri sendiri pun kadang-kadang tak lepas, kalau betul orang sayang saya mungkin dia sanggup tunggu,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi