suria

Pantang nampak mesti beli, Jamal Abdillah dedah rahsia gemar pakai minyak wangi wanita

DI SEBALIK imej maskulin, siapa sangka penyanyi Datuk Jamal Abdillah gemar menggunakan wangian wanita.

Jamal atau Jamal Ubaidillah Mohd Ali, 65, berkata, sejak muda dia memang lebih gemar menggunakan wangian wanita berbanding lelaki.

Malah Jamal mempunyai pelbagai koleksi wangian wanita dalam simpanannya yang dibeli setiap kali mempunyai peluang.

"Saya pengumpul dan pengguna minyak wangi wanita.

"Saya suka baunya dan memang sejak dulu saya pakai minyak wangi wanita dan kurang menggunakan wangian lelaki," katanya kepada mStar.

Disebabkan suka dengan minyak wangi, Jamal turut melancarkan jenama minyak wangi wanita iaitu Verlune.

Ia juga adalah sebagai hadiah kepada isterinya iaitu Datin Zai Izzati Khiruddin, 28, sebagai tanda penghargaan kepadanya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi