suria

Gimik dengan Qistina Raishah bukan terakhir, Arnie Shasha anggap kecaman lumrah artis

PENYANYI Arnie Shasha tak serik tampil dengan lebih banyak gimik walaupun pernah teruk dikecam susulan drama pergaduhan dengan pelakon Qistina Raishah sebelum ini.

Malah kata Arnie, 19, dia tidak berasa trauma dengan kecaman netizen sebelum ini kerana menganggap ia lumrah.

Pun begitu jelasnya, dia akan lebih berhati-hati dalam mencipta gimik dan akan memberi tumpuan kepada konten berbentuk positif.

"Selepas kejadian lalu sudah tiada yang mengecam atau meninggalkan komen negatif di media sosial.

"Ini baru permulaan jadi trauma itu memang tidak ada... Mungkin akan ada gimik lain dan saya tak serik sebab semua orang mahukan drama.

"Cumanya saya akan tampil dengan gimik lebih positif," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi