suria

Nama dah viral di TikTok, Roy Bundle pasang impian jadi pelawak terkenal

TIKTOKER Roy Bundle tidak menyangka pada awalnya niat menghiburkan orang ramai dengan menghasilkan video parodi di media sosial bertukar menjadi sumber pendapatan buatnya.

Roy, 19, berkata kejayaan yang diperolehi itu membuatkan dia lebih serius dan bersemangat untuk menceburi bidang komedi.

“Saya bangga juga sebenarnya sebab daripada dulu memang minta untuk jadi macam ni, tapi bukan untuk minta jadi terkenal cuma harap dapat jadi seorang penghibur sebab dulu waktu sekolah saya teringin nak sertai program komedi.

“Sekarang ni saya baru tahu rupanya itu adalah sumber pendapatan juga sebab saya pun baru lepas tamat sekolah jadi sumber pendapatan utama saya adalah daripada media sosial.

“Saya dah sedia untuk segala kemungkinan malah sekarang pun saya sudah diuji apabila ada setengah golongan tak gemar dengan lawak jenaka saya siap mengecam lagi tapi tak apa saya akan perbaiki dengan membuat pelbagai jenis lawak,” kata Roy kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi