suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ikut trend ‘Alamak Raya Lagi’, TikToker Agy sentap dikecam terkinja-kinja menari... Niat kongsi hubungan rapat keluarga

BARU-BARU ini tular video tarian dihasilkan pemuda bernama Agy menggunakan lagu trending berjudul Alamak Raya Lagi.

Video tersebut mendapat jumlah tontonan hampir 20 juta dalam masa lima hari dan tular hingga ke Indonesia.

Kata Agy atau nama sebenarnya Muhammad Affizy Mohd Khairy,29, meskipun video itu menerima pujian, namun dia juga tidak terlepas dengan kecaman netizen kerana didakwa mempamerkan aksi terkinja-kinja.

“Secara jujurnya tak sangka video ini tular hingga ke Indonesia mungkin sebab lagu itu sebab tengah trend sekarang ini kan, saya fikir macam mana nak lain daripada orang lain jadi libatkan keluarga saya.

“Buat baik ke jahat ke mesti ada orang kecam tapi kali ni memang agak sensitif sebab melibatkan keluarga, nak kata melebih itu hanya kami sekeluarga saja yang terlibat dan tidak melibatkan orang luar.

“Saya sangat sentap sehingga kadang-kadang saya persoalkan apa masalah mereka?, mereka sentuh hal peribadi sampaikan rambut saya pun jadi isu dan saya anggap mereka sakit sebenarnya,” kata Agy kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi