suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak mahu gaduh-gaduh, Aisha Retno lebih selesa berkawan baik dengan Aziz Harun

DIGOSIPKAN bercinta dengan Aziz Harun, penyanyi Aisha Retno menjelaskan hubungan mereka hanya akrab sebagai seorang teman.

Mula mencipta keserasian ketika duet bersama dalam lagu Ketipak-Ketipung Raya, Aisha, 24, meluahkan rasa syukur single berkenaan menerima sambutan baik pendengar.

“Kami masih berkawan baik sampai bila-bila, sebab Aziz merupakan individu yang menyaksikan perjalanan karier Aisha dari tiada apa-apa sampai sekarang.

"Kami memang ingin kekalkan hubungan kami ke arah itu dan tidak mahu lebih," kata Aisha kepada mStar.

Ditanya mengenai hubungan keluarga dengan Aziz Harun, Aisha berkata ibunya sudah lama mengenali Aziz dan hanya menganggap seperti keluarga.

Soal pasangan hidup, Aisha memberitahu dia lebih fokus kepada kerja tetapi tidak akan berselindung sekiranya dia memiliki seseorang.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi