suria

‘Plot twist’ video raya buat ramai berlinang air mata... TikToker Shaffuan terhasut pujukan Sofyank, tak sangka sampai viral

VIRAL video raya dengan ‘plot twist’ yang tidak terjangka, sekali lagi juruvideo jalanan bernama Muhammad Shaffuan Mustafa menjadi bualan buat netizen.

Shaffuan, 23 berkata, dia sendiri tidak menjangkakan bahawa dia akan menghasilkan video raya buat tahun ini, namun dengan sokongan rakan baiknya Sofyank, dia cuba hanya dalam masa 3 hari sebelum raya.

“Tiga hari sebelum raya, idea itu datang dan saya memang mahukan video yang ringkas namun penuh dengan pengisian nilai yang baik buat penonton.”

“Sebenarnya timbul idea itu adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri kerana memiliki ibu bapa yang usianya sudah lanjut, saya tahu masa itu akan tiba.”

“Jadi dalam video itu, saya ingin mengingatkan kepada orang ramai untuk hargai ibu bapa mereka selagi ada,” katanya kepada mStar.

Shaffuan juga turut memberitahu bahawa setiap penghasilan juruvideo berbeza-beza, namun baginya video yang mendatangkan nilai murni adalah satu cara untuk memberikan kesedaran kepada penonton.

Dalam perkembangan lain, Shaffuan meluahkan hasratnya untuk menghasilkan drama mahupun filem di bawah arahannya bagi menggilap bakat sedia ada.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi