suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak-anak dah besar, Ajak Shiro ada keinginan tambah cahaya mata

PELAWAK dan penyampai radio Suria FM Ajak Shiro beritahu dia tidak menolak sekiranya diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata lagi memandangkan ketiga anaknya iaitu Mohamad Jad Thaqif, Mohamad Had Thaqif dan Nada Soffea sudah semakin membesar.

Ajak atau Mohd Hanafi Razak, 39, berkata keinginan untuk menimang cahaya mata itu makin menebal apabila rakan sekerjanya iaitu Suraya Borhan juga menghasutnya untuk menambah lagi anak.

“Bila tengok baby ni terasa macam teringin sangat nak ada anak lagi, anak saudara saya pun baru saja melahirkan anak jadi bau bayi tu sedap.

“Tambahan pula bila bermain dengan anak Suraya, dia pun hasut saya untuk dapat anak lagi, itu membuatkan saya sangat teringin.

“InsyaAllah kalau ada rezeki itu ada... sejujurnya anak-anak juga bertanya mengenai adik lagi kecuali anak ketiga iaitu Nada, doa-doakan buat saya okay,” kata Ajak kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi