suria

12 tahun praktis ilmu magik, Vain Liew seronok tengok penonton senyum... Siap tunjuk skill keluar pen dari telinga

PERKONGSIAN video seorang lelaki membuat persembahan silap mata meraih perhatian netizen sehingga menerima hampir 30 juta tontonan di aplikasi TikTok.

Silap mata atau magik yang dilakukan oleh lelaki berbangsa Cina bernama Vain Liew itu bukan sahaja menerima pujian masyarakat Malaysia, malah menular sehingga negeri seberang.

Berkongsi mengenai perkara itu, Vain berkata dia tidak menyangka video semasa dia membuatkan pertunjukkan magik di dalam sebuah pusat beli belah menerima sambutan penonton dan pengikutnya.

“Perjalanan saya bermula di Taiwan selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan disana banyak kedai magik... saya pergi kedai tersebut selama tiga hari untuk belajar magik sebelum pulang ke Malaysia.

“Sudah 12 tahun saya buat pertunjukkan silap mata dan sasaran utama saya adalah untuk lihat orang gembira dan terhibur dengan pertunjukkan saya itu.

“Saya akan buat satu pertunjukkan terbesar secara umum untuk tahun ini tapi itu masih dalam perancangan lagi nanti saya akan beritahu di media sosial saya,” kata Vain kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi