suria

Tiada niat bagi harapan palsu, TikToker Uci tak mampu nak bantu semua pengikut... Kongsi berita gembira isteri sudah hamil

PERSONALITI media sosial Uci memberitahu dia tiada niat untuk memberikan harapan palsu kepada pengikutnya mengenai perkongsian rezeki di media sosial.

Kata Uci atau Muhammad Khairul Shukri, 22, video sumbangan yang diberikan itu juga bertujuan untuk memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk terus melakukan perkara baik.

“Mungkin orang berharap tapi dalam sejuta atau dua juta orang takkan saya boleh beri pada mereka semua.

“Dan bila ada yang tidak dapat mungkin mereka rasa saya beri harapan palsu.

“Content yang saya buat itu hanya untuk beri kesedaran tak perlu tunggu kaya untuk berkongsi rezeki,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Uci memaklumkan isterinya iaitu Nur Yusmahafiza, 35, sedang hamil tiga bulan.

Untuk rekod pasangan ini telah sah bergelar suami isteri pada 19 Julai lalu.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi