suria

Umur dah 18 tahun tapi tak ambil SPM... Rykarl Iskandar utamakan pelajaran tidak mahu jadi artis tanpa ilmu

TIDAK memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pelakon Rykarl Iskandar bagaimanapun memberitahu dia kini sedang mengikuti pengajian bagi kelayakan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE).

Kata Rykarl, 18, dia tidak mahu menjadi artis tanpa ilmu kerana risau jika tersilap penyampaian dan pertuturan dengan orang ramai sehingga boleh memakan diri.

“Salah satu contoh kenapa pendidikan sangat penting apabila bila kita bertemu dengan pihak media, kena pandai menjawab soalan.

“Kadang-kadang kita ada niat yang bagus tapi cara jawab yang salah orang luar akan terima perkara itu dengan tidak baik.

“Jadi apapun pertama sekali niat dan cara kita sampaikan maklumat tu, barulah masyarakat faham dengan apa yang cuba kita sampaikan,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi