suria

Iera Milpan terharu lagu ‘Retak Hatiku’ trending, tenang kena body shaming… “Minta maaf kalau ada kurang”

MESKIPUN namanya belum dikenali dalam industri muzik tanah air, namun lagu berjudul Retak Hatiku nyanyian Iera Milpan menerima sambutan hebat pendengar terutamanya pengguna aplikasi TikTok.

Selain pujian, ada juga netizen cakap-cakap belakang kononnya lagu ini tiada nilai komersial dan hanyalah lagu kampung.

Walaupun menerima kritikan sedemikian, Iera atau Syahirah Milpan, 21, berkata dia tidak terasa hati sebaliknya berbangga dengan pencapaian lagu itu.

“Walaupun orang label itu lagu kampung, tapi ia dekat dengan jiwa pendengar.

“Saya langsung tak terasa hati dengan mulut orang nak cakap sebab penyanyi lain yang lebih senior pun suka dengan lagu saya ini, malah minta supaya penyanyi BBNU lain menyanyikan lagu seperti genre saya ni,” kata Iera kepada mStar.

Dalam pada itu, Iera memberitahu dia turut menerima kecaman netizen apabila suaranya dikatakan menggunakan autone kerana berbeza sewaktu membuat persembahan secara langsung, baru baru ini.

“Saya pun bukannya sempurna, mesti ada buat silap jadi saya minta maaf la ya.

“Maklumlah saya pun masih baharu lagi, insyaAllah masa akan datang saya perbaiki lagi kelemahan itu,” jelasnya.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi