suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Setiap orang ada cerita masing-masing” - Fara Fauzana berdoa kekal istiqamah, jangan ‘judge’ artis buka tudung

PENYAMPAI radio Fara Fauzana berharap netizen tidak terlalu mudah menghakimi seseorang artis yang mengambil keputusan membuka tudung.

Kata Fara atau Fara Fauzana Mohd Fadzil, 43, setiap manusia ada perjalanan hidup masing-masing dan kita sebagai orang luar seharusnya memberikan kata-kata positif berbanding negatif.

“Pertama siapa kita nak menghakimi seseorang? kedua setiap orang ada perjalanan cerita masing-masing.

“Ada rintangan tersendiri dan ada cerita yang kita tak tahu, jadi kita tak boleh berkata apa-apa tentang itu.

“Selepas itu kita patut salahkan diri kita, mungkin saya tak berkesempatan berjumpa dengan mereka (artis buka tudung) kadang-kadang kita yang terlupa bagi ‘support system’ itu,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi