suria

Rezeki bagi pinjam 5 sen, bapa tak sangka TikToker belanja sekeluarga…. Netizen sebak dengar anak pakai beg kolostomi

SIKAP bersederhana dan tidak meminta-minta yang ditunjukkan oleh Muhammad Salihin dan keluarganya menjadi bualan netizen di media sosial.

Sikap mereka sekeluarga dipuji selepas tular video dimuat naik TikToker Pinn Yang memberikan hadiah kepada mereka.

Kata Salihin atau Muhammad Salihin Mad Safar, 27, walaupun influencer tersebut mampu memberikan lebih daripada itu, namun sebagai umat Islam memegang prinsip sentiasa bersederhana dalam semua perkara supaya tidak membebankan orang lain.

“Satu cukuplah sebab berpada-pada orang belanja, ikut sunnah dan adab Rasulullah SAW bila orang nak bagi sesuatu kita berpada-pada.

“Walaupun kita tahu dia (Pinn Yang) tu kaya tapi cukuplah sikit-sikit sudah.

“Janji merasa habuan yang dia nak belanja tu dan dia pun tak rasa berat nak belanja kita,” katanya kepada mStar.

Lebih menyentuh hati netizen apabila Salihin dalam video itu memberitahu anak sulungnya perlu memakai beg kolostomi kerana menghidap masalah usus.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi