suria

Nama tenggelam selepas juarai Mentor, Apex Tajudin terpaksa ‘push’ diri guna TikTok

BEKAS juara program Mentor Milenia 2019 iaitu Apex Tajudin memberitahu selepas memenangi program berkenaan namanya sedikit tenggelam dan kurang mendapat perhatian ramai.

Apex atau nama sebenarnya Ahmad Amirul Hafizi bin Ahmad Tadjuddin, 27, berkata meskipun rasa tercabar dengan kehadiran ramai penyanyi baharu namun dia memandang perkara itu daripada sudut postif.

“Nama saya agak jatuh sikit selepas keluar program itu sebab waktu tu zaman Covid-19, macam-macam berlaku dalam kehidupan saya dan sekarang ini beralih ke arah Tiktok pula.

“Sekarang ni zaman sudah berbeza semua beralih media sosial, ada juga rasa tercabar dengan penyanyi baharu ni tapi kena selalu nilai diri sendiri supaya dapat tingkatkan lagi nama dalam industri,” kata Apex kepada mStar.

Dalam pada itu Apex memberitahu dia mempunyai hasrat untuk memasuki pertandingan Big Stage namun sehingga kini masih belum ada rezeki ke arah itu.

“Saya banyak juga push diri untuk kembali menyertai mana-mana pertandingan macam Big Stage tapi sehingga sekarang belum ada peluang dan rezeki lagi,” jelasnya.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi