suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gelaran ratu cantik tak bagi duit, Sanjna Suri minat berlakon drama Melayu… “Famili suka tengok saya tak seksi lagi”

MEMEGANG gelaran ratu cantik pada tahun 2017, pelakon berbangsa India iaitu Sanjna Suri menyifatkan ia bukanlah tiket mudah untuk dia membina kerjaya dalam industri hiburan Melayu.

Kata Sanjna, 32, dia lebih tertarik untuk melebarkan sayap lakonan dalam industri lakonan Melayu berbanding Tamil.

“Saya pernah dapat gelaran ratu cantik dulu tu bukan boleh bagi duit apa-apa pun, dulu waktu menang memang banyak tawaran ke arah itu tapi sebenarnya niat saya nak jadi seorang pelakon, itu impian nombor satu saya.

“Saya sebenarnya lagi gemar untuk fokus kerjaya seni saya dalam industri hiburan Melayu berbanding Tamil kerana lebih mudah untuk saya bekerja, lagi pun saya tak tahu berbahasa Tamil jadi agak sukar untuk saya.

“Kalau boleh selepas ini berikan saya peluang untuk berikan sesuatu dalam industri hiburan Melayu ni,” kata Sanjna kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi