suria

Pilih duet penyanyi BBNU, Ziana Zain minta netizen lihat sudut positif… “Sekarang dah perubahan zaman”

PENYANYI Ziana Zain memberitahu tidak terasa hati apabila lagu duet terbaharunya bersama penyanyi Hasif Upin mendapat kritikan dan tidak senangi oleh segelintir netizen.

Ziana atau nama sebenarnya Siti Rozaina Zain, 55, berkata, bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak namun dia dan Hasif berusaha memberikan yang terbaik.

“Saya memilih pasangan duet BBNU ni sebab suara sedap dan peluang ini bukan datang hanya sekali, letak tepi pangkat senior nak kena nyanyi dengan penyanyi senior saja.

“Tak semua orang suka kita dan sayangkan kita, ada segelintir golongan yang macam ni perkara negatif ni jangan fikir sangat yang penting buat yang terbaik.

“Kita jangan ambil kesah mengenai perkara ini, perkara negatif biarkan sebab nanti kalau kita tulis yang tidak baik dengan perasaan yang tidak baik, kena ingat kifarah tu akan datang pada diri sendiri nanti,” kata Ziana kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi